Thursday, May 26, 2011

KeK Oren Lembab

Kek Oren lembab tempahan diterima dari puan Ida juga utk bonda tersayang. Kata puan ida bondanya memang menggemari kek oren, tapi nak yang lembab2 skit.. gambar kat atas ni sebenarnya dah siap ptong untuk di makan oleh anak bujangku dia tak sabar2 nak makan disebabkan bau harum dari kek. Terpaksalah aku buat 2 adunan. Tak sempat nak tunggu kek tu sejuk dah ptong. Gambar utk kek puan Ida xsempat nak upload ler plak. Yang ada cuma gambar ni.. je. Ok layan je.


Wednesday, May 25, 2011

Sponge Chocolate cake

 terrobek ler sikit buttercream tu, apa nak buat accident kecil plak.. tak sempat nak touch up dah ngap masuk dalam perut. 
Sponge coklat kek hiasan dengan buttercream sahaja.. and untuk mencantikkan lagi ditambah dengan kuntuman rose color pink.. kek dalam tu di layer dengan blueberry filling..

Ice Cream Cake

Strawberry ice-cream cake ni dihias dengan buttercream berperisa strawberry. Untuk orang tersayang yang bernama isteri alias ummi sempena hari ibu.
Ais krim kat dalam tu juga perisa strawberry, kek dalam pula kek sponge vanila..
dah nampak kan cair.. kena cepat2 hias dan simpan dalam peti ais bahagian freezer.

Dora the Explorer

Tempahan kek hari jadi untuk Nurliana di Tadika..sempena birthday yg ke 6. Tempahan dari mama Liana, Puan Ida.. terima kasih ida atas order ni..lama dia bagi tau pasal order ni.. dia kata takut nanti kelam kabut.
Kek dalamnya ialah vanila sponge cake.. hiasan dengan buttercream kat luar dan dalamnya layer gak dengan buttercream perisa stroberi.. hias juga kat tepi2 kek dengan buah stroberi..
edible image ini I order dari http://mai-edibleimage.blogspot.com/ . thanks, Mai.. cantik tau edible image ni.
kek ni size 9". yang ralatnya tersilap kotak kek pulak, yg tinggal cuma size 10" aje kat rumah. Segera ku suruh suami ke kedai kut2 ada yg buka lg untk cari kotak yg sesuai malangnya siapa la yg nk buka kedai bakery time2 ni pukul 9.30 mlm.. ngam2 je bila dah hias tgok la tepi nya smpai xda ruang sudah nya terpaksa lah aku pesan pada Ida supaya berhati2 masa carry kotak ni.. huhuhu

Tuesday, May 3, 2011

Exam KKTG

 Tekunnya kome2 yer sampei tak sedor cikgu ambik gambor.. semoga berjaya.. semuanya
 Hasil individual presentation,  cake dalamnya ialah tiramisu, tajuk diberikan bertema "harijadi". dan inilah hasilnya.. taraaaaaaaaa!!
ini dia model pinjam (gambor nye aje la..)merangkap birthday boy. Saja je gambor ni pun, dah tema nya harijadi kenalah sesuaikan keadaan. harap-harap dapat markah penuh ni.. . Dalam pinggan tu ialah carrot walnut cake.

Moist Chocolate Cake

 Moist Chocolate Cake, tempahan diterima daripada rakan sekerja my sister. Cuma letak ganache sahaja.
 Ini pun moist chocolate cake juga, tempahan diterima daripada seorang guru sempena harijadinya. Ganache coklat, with chocolate rice and sugar love. Tulisan dengan white chocolate.
Moist chocolate cup cake, deco with white chocolate and sugar love

Monday, May 2, 2011

Shortbread, Almond London choc chips & Bangkit Bijan

 Almond London dalam pek
Almond London RM20.00 = 50 pcs
 Chocolate Chip dalam balang
Chocolate Chips RM20.00 = 50 pcs
 Shortbread RM20.00 = 50 pcs
Bangkit Bijan RM14.00 = 50 pcs

Bangkit Bijan-yang ni bukan aku yang buat cuma saban tahun tolong jual aje.. bangkit bijan ni buatan Mak Teh ku dari Kelang, Selangor. Tetapi boleh order kalau berkenan..

Inilah antaranya biskut raya yang selalu ku buat & ku jual setiap tahun. Ada lagi yang tak dapat nak upload gambar nya sebab aku tengah mencari kemana menghilang file itu. hehehe.. yang lain tu ada juga:-
semperit bunga dahlia,
tat nenas gulung,
makmur dan aku juga ada
Chocolate Treasure Mamazieza,
yang ni aku tolong jual gak.. tuan punya nya ialah http://mamazieza.blogspot.com/
Kalau nak boleh jer order terus dariku... akan ku sampai kan kepada Mamazieza kerana saban tahun aku meng order darinya.
Nanti kita upload gambar biskut2 yang selebihnya yer.. nak kena selongkar file 1-1 ni.. nampak gayanye.

Kek Gula Hangus


 
Kek gula hangus ini pulak tempahan dari Kak Noriza. Thanks yer kakak. Kak Za ni dia bukan peminat coklat, so satu hari tu dia tanya ada ke buat kek gula hangus, bila kata ada.. terus dia order.. resipi ni turun temurun dari mak saudara I yang kat Ipoh tu, dia memang buat jual kek gula hangus ni setiap tahun especially time raya... tak menang tangan dia terima order...sekali lagi.. thanks Kak Za!..

Moist Chocolate Cake



Kek Coklat Moist ini tempahan dari seseorang sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 3.
Dia request dekorasi yang simple so macam ni la hasilnya. Sapuan tak berapa kemas lagi.. terima kasih yer atas tempahan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...