Showing posts with label Cake. Show all posts
Showing posts with label Cake. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Kek Coklat Zaima lagi

Actually dah banyak kali buat kek ni, inilah kek yang pertama kali aku cuba sejak bergelumang dngan resipi cubaan di dunia maya yang meriah kini. Dulu, kini aku masih menggunakan resipi ini terutama untuk kek bajet dari customer. Dah banyak resipi kek coklat dan berbagai versi dan rasa tetapi keseluruhan jika kita belek2 dan perhatikan dan CSI betul2 ianya hampir sama aje.. bak kata lebih kurang aje lah resipi dan bahan2 yang digunakan.. tetapi apa-apa pun kepada yang belum mencubanya disini saya sertakan resipi Kek Coklat Kukus Zaima ini. Tak lupa juga kek ini boleh dibakar juga ia.. kalau nk lebih moist kita kukus.. atau nak senang mcam saya ni selalu nya Kite Bakor jer.....

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Sumber:  NoorMasri

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap) -
½ cawan susu manis

Bahan B:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

Bahan C:
3 biji telur -

Cara menyediakannya:
Masukkan A ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua
larut. Tutup api biarkan adunan suam.

Ayak B, ketepikan.

Pukul telur hingga kembang dan dicampur dengan campuran koko (A) tadi.   Gaul
rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai
penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam 1/2 acuan je).  Tutup acuan
dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.  Kukus selama 1 1/2 jam baru
angkat dan sejukkan. Kalau bakar >< 1 jam bergantung kepada oven.

Monday, June 11, 2012

Angry bird & Batman vs Superman





Atas : Moist Chocolate Cake-
Kek Coklat di dalam ini  menggunakan resipi dari Kek Coklat Zaima resipi ada dalam  laman web resipi.net Hiasan dengan buttercream dan piping jelly. Ini ialah kek untuk birthday girl.

Bawah : Moist Chocolate Cake -
Kek Coklat dalam ini pula dari Lynn Hassan kek coklat mudah dalam bukunya Kek Cawan - Lynn Hassan.  Hiasan juga dengan buttercream dan piping jelly .. Kek ini pula untuk birthday boy. Gambar dilukis sendiri tanpa ditekap. Senget benget lah sikit. 

Friday, April 6, 2012

Macam-macam kek lagi


Moist Chocolate cake
Buttercake with buttercream
Oreo cheese cake
oreo cheese cake
Fondant

Sunday, March 4, 2012

Macam-Macam kek

                                          Hawaiian Cake
                                         Fruit Flan Cake
                                         Tiramisu
                                          Banana Chocolate Cake 1
                                          Banana Chocolate Cake 2
                                          Black Forest Cake


 Ice Cream sponge cake yang telah siap di make up

                                          Marble Cake
                                           Opera Cake

Macam-macam kek hasil keras tangan si Dia. Tempahan di buka untuk sebarang majlis bila-bila masa ketika, dan segalanya. Home made cake lain rasanya berbanding cake keluaran kilang tak percaya cubalah rasa. Semua kek-kek kami menggunakan barangan & produk yang halal dengan harga yang berpatutan. Hubungi kami untuk tempahan..

Sunday, November 13, 2011

Monday, July 11, 2011

Kek Merisik



Tempahan diterima dari Ira untuk majlis merisik. Katanya nak balas cincin merisik tu. Buat simple2 aje.. atas permintaan si teruna. Dalamnya ialah kek coklat moist.. kata si dara, si teruna cuma makan kek coklat je.. dihiasi badan kek ini dengan buttercream warna purple (agak light juga kaler nya) dihias dengan renda cornali kaler pink.. tabur skit dengan gula silver.. utk menaikkan seri kek..
Thanks .. Ira...
Feedback dari Ira.. sedap dan cantik.. si teruna suka.. hahaha saya pun suka la... gak.. ahaks.

Thursday, May 26, 2011

KeK Oren Lembab

Kek Oren lembab tempahan diterima dari puan Ida juga utk bonda tersayang. Kata puan ida bondanya memang menggemari kek oren, tapi nak yang lembab2 skit.. gambar kat atas ni sebenarnya dah siap ptong untuk di makan oleh anak bujangku dia tak sabar2 nak makan disebabkan bau harum dari kek. Terpaksalah aku buat 2 adunan. Tak sempat nak tunggu kek tu sejuk dah ptong. Gambar utk kek puan Ida xsempat nak upload ler plak. Yang ada cuma gambar ni.. je. Ok layan je.


Wednesday, May 25, 2011

Sponge Chocolate cake

 terrobek ler sikit buttercream tu, apa nak buat accident kecil plak.. tak sempat nak touch up dah ngap masuk dalam perut. 
Sponge coklat kek hiasan dengan buttercream sahaja.. and untuk mencantikkan lagi ditambah dengan kuntuman rose color pink.. kek dalam tu di layer dengan blueberry filling..

Ice Cream Cake

Strawberry ice-cream cake ni dihias dengan buttercream berperisa strawberry. Untuk orang tersayang yang bernama isteri alias ummi sempena hari ibu.
Ais krim kat dalam tu juga perisa strawberry, kek dalam pula kek sponge vanila..
dah nampak kan cair.. kena cepat2 hias dan simpan dalam peti ais bahagian freezer.

Tuesday, May 3, 2011

Moist Chocolate Cake

 Moist Chocolate Cake, tempahan diterima daripada rakan sekerja my sister. Cuma letak ganache sahaja.
 Ini pun moist chocolate cake juga, tempahan diterima daripada seorang guru sempena harijadinya. Ganache coklat, with chocolate rice and sugar love. Tulisan dengan white chocolate.
Moist chocolate cup cake, deco with white chocolate and sugar love

Monday, May 2, 2011

Kek Gula Hangus


 
Kek gula hangus ini pulak tempahan dari Kak Noriza. Thanks yer kakak. Kak Za ni dia bukan peminat coklat, so satu hari tu dia tanya ada ke buat kek gula hangus, bila kata ada.. terus dia order.. resipi ni turun temurun dari mak saudara I yang kat Ipoh tu, dia memang buat jual kek gula hangus ni setiap tahun especially time raya... tak menang tangan dia terima order...sekali lagi.. thanks Kak Za!..

Moist Chocolate Cake



Kek Coklat Moist ini tempahan dari seseorang sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 3.
Dia request dekorasi yang simple so macam ni la hasilnya. Sapuan tak berapa kemas lagi.. terima kasih yer atas tempahan ini.

Wednesday, April 13, 2011

Marble Chocolate Cheese Cake

Marble Chocolate Cheese Cake.

Kombinasi moist chocolate cake and  cream cheese sangat sedap dan menambat selera penggemar coklat dan keju.
Harga sebiji berat >< 1kg - RM36.00
Cup Cake Souffle - 16 biji RM37.00
Tambahan RM6.00 untuk coklat ganache
Pilihan adalah mengikut citarasa anda. Anda rasa, anda cuba anda yang menentukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...