Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Kuih Raya 2012

Ramadan Ya Karim datang lagi, sebulan nanti Syawal menjelma.. kuih raya buat lagi, memeriahkan lagi syawal yang tiba.. ini dia kuih raya 2012. Ada tambahan dari 2011, tahun ini saya ada buat tambahan dalam listing kuih raya iaitu ada tambahan biskut makmur, biskut mazola  dan biskut milky oats ada juga yang panggil jejari oats apa-apa pun kedua2nya adalah biskut yang sama sebab resipi yang digunakan sama rasa pun sama nama aje tak sama.. Jom kita tengok kuih raya 2012 saya..






Semua dah siap di pek dalam bekas2 kecil untuk dijadikan sample.. Selain dari biskut2 ini  ada biskut  almond london & brownies chewy gooey serta tidak lupa juga biskut coklat treasure dari http://mamazieza.blogspot.com/. adalah menjadi menu wajib dalam listing kuih raya setiap tahun.
Tarikh tutup untuk pesanan kuih raya pada tahun 2012 ialah pada 29/7/2012. Harap maklum, bukan apa dah terbanyak terlebih teriama tempahan pulak dah, terutama tempahan untuk brownies.. terima kasih kepada yang mengorder... Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT.

Sunday, May 6, 2012

Almond London, tart nenas & shortbread

Tempahan di terima dari Syikin from Jabil. Thanks Syikin. Menurut kata Syikin anak-anaknya memang gemar makan biskut raya ni tak kira masa raya ke atau tidak. Sebenarnya tak kira waktu apa pun atau perayaan apa pun boleh ja,  dah nama pun makanan,  makan aje la bila nak ye tak.? Saya pun terima dan ambil tempahan untuk biskut2 ni pada setiap masa tak kiralah kalau bukan time hari raya sekali pun.


Mulai tahun 2012 ini semua biskut saya dijual dengan harga RM22.00 untuk 50 biji. Selain dari Shortbread, almond london and tart nenas ini saya ada menjual biskut makmur, coklat chip, semperit dan red eye susan. Semua biskut saya menggunakan  buttercup.

Thursday, March 1, 2012

Biskut Kacang atau mazola



Biskut kacang atau Mazola, 2 nama 1 biskut. Sebenarnya sama ja sebab adunan biskut ni menggunakan minyak mazola dan kacang tanah yang telah dibakar/disangrai terlebih dahulu. Kemudian kisar dan campurkan kedalam adunan. Last sekali hiaskan dengan lebihan kacang tadi.
Raya 2012 ni ada tambahan biskut ini selain dari biskut yang sedia ada pada tahun2 sebelum ini iaitu Almond London, Shortbread, Semperit bunga dahlia, Chocolate chip.
Sebekas 50 biji = RM20.00

Monday, July 11, 2011

Kuih Raya 2011

 Chocolate Chip 50pcs = RM22.00
 Choc. Treasure Mamazieza 50pcs = RM24.00
 Tart Nenas 50pcs = RM22.00
 Almond London 50pcs=RM22.00
 Semperit Dahlia 50pcs = RM20.00
Shortbread 50pcs = RM22.00

Monday, May 2, 2011

Shortbread, Almond London choc chips & Bangkit Bijan

 Almond London dalam pek
Almond London RM20.00 = 50 pcs
 Chocolate Chip dalam balang
Chocolate Chips RM20.00 = 50 pcs
 Shortbread RM20.00 = 50 pcs
Bangkit Bijan RM14.00 = 50 pcs

Bangkit Bijan-yang ni bukan aku yang buat cuma saban tahun tolong jual aje.. bangkit bijan ni buatan Mak Teh ku dari Kelang, Selangor. Tetapi boleh order kalau berkenan..

Inilah antaranya biskut raya yang selalu ku buat & ku jual setiap tahun. Ada lagi yang tak dapat nak upload gambar nya sebab aku tengah mencari kemana menghilang file itu. hehehe.. yang lain tu ada juga:-
semperit bunga dahlia,
tat nenas gulung,
makmur dan aku juga ada
Chocolate Treasure Mamazieza,
yang ni aku tolong jual gak.. tuan punya nya ialah http://mamazieza.blogspot.com/
Kalau nak boleh jer order terus dariku... akan ku sampai kan kepada Mamazieza kerana saban tahun aku meng order darinya.
Nanti kita upload gambar biskut2 yang selebihnya yer.. nak kena selongkar file 1-1 ni.. nampak gayanye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...