Wednesday, July 25, 2012

Kuih Raya 2012

Ramadan Ya Karim datang lagi, sebulan nanti Syawal menjelma.. kuih raya buat lagi, memeriahkan lagi syawal yang tiba.. ini dia kuih raya 2012. Ada tambahan dari 2011, tahun ini saya ada buat tambahan dalam listing kuih raya iaitu ada tambahan biskut makmur, biskut mazola  dan biskut milky oats ada juga yang panggil jejari oats apa-apa pun kedua2nya adalah biskut yang sama sebab resipi yang digunakan sama rasa pun sama nama aje tak sama.. Jom kita tengok kuih raya 2012 saya..






Semua dah siap di pek dalam bekas2 kecil untuk dijadikan sample.. Selain dari biskut2 ini  ada biskut  almond london & brownies chewy gooey serta tidak lupa juga biskut coklat treasure dari http://mamazieza.blogspot.com/. adalah menjadi menu wajib dalam listing kuih raya setiap tahun.
Tarikh tutup untuk pesanan kuih raya pada tahun 2012 ialah pada 29/7/2012. Harap maklum, bukan apa dah terbanyak terlebih teriama tempahan pulak dah, terutama tempahan untuk brownies.. terima kasih kepada yang mengorder... Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT.

Kek Coklat Zaima lagi

Actually dah banyak kali buat kek ni, inilah kek yang pertama kali aku cuba sejak bergelumang dngan resipi cubaan di dunia maya yang meriah kini. Dulu, kini aku masih menggunakan resipi ini terutama untuk kek bajet dari customer. Dah banyak resipi kek coklat dan berbagai versi dan rasa tetapi keseluruhan jika kita belek2 dan perhatikan dan CSI betul2 ianya hampir sama aje.. bak kata lebih kurang aje lah resipi dan bahan2 yang digunakan.. tetapi apa-apa pun kepada yang belum mencubanya disini saya sertakan resipi Kek Coklat Kukus Zaima ini. Tak lupa juga kek ini boleh dibakar juga ia.. kalau nk lebih moist kita kukus.. atau nak senang mcam saya ni selalu nya Kite Bakor jer.....

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Sumber:  NoorMasri

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap) -
½ cawan susu manis

Bahan B:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

Bahan C:
3 biji telur -

Cara menyediakannya:
Masukkan A ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua
larut. Tutup api biarkan adunan suam.

Ayak B, ketepikan.

Pukul telur hingga kembang dan dicampur dengan campuran koko (A) tadi.   Gaul
rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai
penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam 1/2 acuan je).  Tutup acuan
dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.  Kukus selama 1 1/2 jam baru
angkat dan sejukkan. Kalau bakar >< 1 jam bergantung kepada oven.

Monday, June 11, 2012

Angry bird & Batman vs Superman





Atas : Moist Chocolate Cake-
Kek Coklat di dalam ini  menggunakan resipi dari Kek Coklat Zaima resipi ada dalam  laman web resipi.net Hiasan dengan buttercream dan piping jelly. Ini ialah kek untuk birthday girl.

Bawah : Moist Chocolate Cake -
Kek Coklat dalam ini pula dari Lynn Hassan kek coklat mudah dalam bukunya Kek Cawan - Lynn Hassan.  Hiasan juga dengan buttercream dan piping jelly .. Kek ini pula untuk birthday boy. Gambar dilukis sendiri tanpa ditekap. Senget benget lah sikit. 

Sunday, May 27, 2012

Brownies untuk Mama

Order dari seorang anak untuk mamanya sempena hari jadi mamanya baru2 ini. Brownies ni kecik aje itu pun atas permintaan anak gadis ini, size 7". Hiasan bunga dengan buttercream.

Friday, May 18, 2012

Happy Teacher's Day

Marble Cheese Brownies for Teacher's Day. Kek ni boleh dikatakan kek express ler gak. Mana taknya pukul 4.00 petang telefon kata nak kek untuk hari guru nak esok pagi. Adoiyai mcm robot la rasanya. Mujur lah free sempat lah siap marble cheese brownies ini. Feedback yang diterima, sedap !.....terima kasih semua!.. 

Sunday, May 6, 2012

Almond London, tart nenas & shortbread

Tempahan di terima dari Syikin from Jabil. Thanks Syikin. Menurut kata Syikin anak-anaknya memang gemar makan biskut raya ni tak kira masa raya ke atau tidak. Sebenarnya tak kira waktu apa pun atau perayaan apa pun boleh ja,  dah nama pun makanan,  makan aje la bila nak ye tak.? Saya pun terima dan ambil tempahan untuk biskut2 ni pada setiap masa tak kiralah kalau bukan time hari raya sekali pun.


Mulai tahun 2012 ini semua biskut saya dijual dengan harga RM22.00 untuk 50 biji. Selain dari Shortbread, almond london and tart nenas ini saya ada menjual biskut makmur, coklat chip, semperit dan red eye susan. Semua biskut saya menggunakan  buttercup.

Nutella Cheese cake

  

Kebetulan ada beli 2 botol Nutella jem. Memang jem Nutella ini kesukaan anak2 untuk dimakan bersama roti. and Tesco pulak time tu buat offer 2 botol Nutella seberat 375g satu dijual dengan harga RM20.00 untuk 2 botol. Apalagi aku pun ambil kesempatan rembat aje lah offer yang diberi and bila tengok expired date kat botol tu lambat lagi October 2012.. memang harus tak sampai October akan licin botol jem ni.
Lalu aku pun berangan la buat Nutella cheesa cake ini.
resipinya macam kat bawah ni ya yang saya ambil dalam internet saya dah lupa sapa punya saya dah salin dalam buku masak saya itu 
Terima kasih tuan empunya resipi
.
Bahan-bahannya
Loose cake tin sice 6 inci -bulat atau 4 segi ikut suka ler yer 
1 packet biskut oreo/tiger/chipsmore etc..
sedikit butter agak2 la dalam 1/4 block - cairkan
gaul biskut dengan butter cair padat kan dalam tin ketepi atau simpan dalam peti ais sebentar.
sementara itu buat adunan cheese
bahan-bahannya:
250gm cream cheese jenama kraft philadelphia/tatura pun boleh
1 biji telur gred A
3 sudu makan castor sugar
3 sudu makan whipping cream jenama arla/paul/emborg
3 sudu makan nutella jam

Cara-cara:nya
putar cream cheese dan gula hingga sebati guna medium speed
masukkan whipping cream putar lagi hingga licin
masuk kan telur rendah kepada low speed putar lagi hingga licin
masukkan nutella jam putar lagi hingga rata sambil kikis tepi bowl.
tuang ke atas biskut tadi bakar dalam suhu 150C selama 15 minit-saya bakar water bath selama 30 minit
dah masak keluarkan dari water bath biarkan dalam oven yang direnggangkan sedikit pintu nya hingga sejuk
simpan dalam peti ais semalaman atau hingga 6 jam



.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...