Wednesday, December 21, 2011

Cup Cake Lagi



Cup cake untuk kanak-kanak di satu majlis makan-makan di Teluk Kumbar. Gambar blur sebab dah letak dalam bekas plastik baru teringat nak snap.
Cahaya malam lampu kalimantang pula tidak membantu.. di tambah pula dengan camera Linux yang tak berapa canggih macam Canon EOS tu ker.. hehehe
Anyway thanks Irah !.

Monday, December 19, 2011

Brownies Door Gift


Brownies door gift untuk tetamu di majlis perkahwinan di Ayer Itam, Penang.
Thanks Mami...

Thursday, December 8, 2011

Brownies Cheese lagi


Brownies cheese lagi.Brownies yang dilapis cheese cake diatas. Gabungan coklat dan cheese yang memukau bagi peminat coklat kek dan cheese. Kombinasi yang tak dapat di sangkal lagi. Sedap... cubalah.
Terimakasih Haizam, Kak Azizah & Nazlee..

Home Made Chocolate




Salam sejahtera pengunjung yang dihormati sekalian.
Terima kasih atas kesudian mengunjungi blog saya ini.
Kini saya sedang mempromosi Home Made Chocolate yang bermutu, halal, dan sedap setanding dengan coklat berjenama yang ada di pasaran.

Harga bagi kotak besar mengandungi 25 biji coklat = RM24.00
Harga kotak kecil mengandungi 12 biji coklat = RM14.00

Tawaran ini sah sehingga 31 December 2011. Harga baru akan berkuat kuasa pada Januari 2012 nant.
Cuba lah.. amat sesuai untuk hantaran pertunangan, hadiah kepada sahabat & taulan kepada kekasih.. dan sebagai ucapan terima kasih, door gift, majlis kesyukuran, cukur jambul, konvokesyen dan sebagainya..

Anda boleh mendapatkannya dari saya bila-bila masa. Teruskan menghubungi saya melalui talian 0134425090 atau 0195665376 -Zai Azman.

Saya menanti panggilan anda..

Terima kasih.

Friday, December 2, 2011

Canteen Promotion



Sebahagian daripada jualan for Canteen Promotion. Ada Brownies with chocholate ganache and chocholate rice/sugar rice, cheese cake, brownies marble cheese, sanitary pad, jamu etc. Thanks a millions to Eira..! Seronok jugak ler walaupun baru hari pertama..

Sunday, November 13, 2011

Brownies Cheese

Makan-makan lagi sempena hari Kanak-Kanak di sekolah Haziq

Brownies cheese lagi

Teruja tengok brownies hantaran tempoh hari ku buat pulak atas permintaan si teruna & dara di rumah ini..ada lebihan cheese pulak tu.. apa lagi jadilah juga khas untuk makan2 aje.. rupa cheese xcantik sebab guna apa yg ada xcukup nak cover keseluruhan brownies..boleh lah tu janji ada & sodap.. leh ngap..

Brownies cheese untuk hantaran

Rasa brownies yang mewah dengan coklat  ini di lapiskan pulak dengan cheese serta dihias dengan ganache dan gula manik. Hantaran yang simple ini  diberikan oleh dara kepada  teruna dari Balik Pulau ke Perak ( lupa la.. tempat si teruna tu Teluk Intan kut) membalas hantaran pertunangan cum akad nikah. Loyang "love" size 8" telah digunakan.

Sponge cake buttercream


Sponge cake hias dengan buttercream, tema merah hijau & kuning..

Fondant

 Belajar menghias kek dengan fondant
Chocolate cup cake hias dengan  fondant

Friday, October 28, 2011

Cake Angry Bird

Cake Angry Bird.
Vanila sponge cake hias dengan buttercream dan piping jelly utk lukisan angry bird.

Monday, July 11, 2011

Cheese Cake blueberry topping

 Cheese cake with blueberry topping
Brownies with color rice
Tempahan brownies ini dari Ina untuk majlis makan2 di rumahnya.
Cheese cake tu ada orang tempah yang plain sahaja.. si bujang teruna yang kecik kat rumah ni nak plak so aku buat la extra.. and ada lebihan blueberry topping kat dalam peti ais tu.. so just hias aje la.. and makan..

Tiramisu in a Cup


 gambar diambil sebelum dihiasan dengan serbuk koko.
Tiramisu in a cup. Tempahan diterima dari Melor. Nak bawa balik KL katanya. Dia nak dalam 500g je.. nak memudahkan perjalanan nanti aku isikan terus dalam bekas plastik serbaguna ini.. selebihnya aku letak dalam jelly cup...

Kek Ben10


Kek Ben10 untuk Afiq sempena ulang tahun yang ke 6. Happy birthday Afiq. Orange sponge cake. Salut dengan buttercream dan hias dengan edible image..

Kek Merisik



Tempahan diterima dari Ira untuk majlis merisik. Katanya nak balas cincin merisik tu. Buat simple2 aje.. atas permintaan si teruna. Dalamnya ialah kek coklat moist.. kata si dara, si teruna cuma makan kek coklat je.. dihiasi badan kek ini dengan buttercream warna purple (agak light juga kaler nya) dihias dengan renda cornali kaler pink.. tabur skit dengan gula silver.. utk menaikkan seri kek..
Thanks .. Ira...
Feedback dari Ira.. sedap dan cantik.. si teruna suka.. hahaha saya pun suka la... gak.. ahaks.

Kuih Raya 2011

 Chocolate Chip 50pcs = RM22.00
 Choc. Treasure Mamazieza 50pcs = RM24.00
 Tart Nenas 50pcs = RM22.00
 Almond London 50pcs=RM22.00
 Semperit Dahlia 50pcs = RM20.00
Shortbread 50pcs = RM22.00

Thursday, May 26, 2011

KeK Oren Lembab

Kek Oren lembab tempahan diterima dari puan Ida juga utk bonda tersayang. Kata puan ida bondanya memang menggemari kek oren, tapi nak yang lembab2 skit.. gambar kat atas ni sebenarnya dah siap ptong untuk di makan oleh anak bujangku dia tak sabar2 nak makan disebabkan bau harum dari kek. Terpaksalah aku buat 2 adunan. Tak sempat nak tunggu kek tu sejuk dah ptong. Gambar utk kek puan Ida xsempat nak upload ler plak. Yang ada cuma gambar ni.. je. Ok layan je.


Wednesday, May 25, 2011

Sponge Chocolate cake

 terrobek ler sikit buttercream tu, apa nak buat accident kecil plak.. tak sempat nak touch up dah ngap masuk dalam perut. 
Sponge coklat kek hiasan dengan buttercream sahaja.. and untuk mencantikkan lagi ditambah dengan kuntuman rose color pink.. kek dalam tu di layer dengan blueberry filling..

Ice Cream Cake

Strawberry ice-cream cake ni dihias dengan buttercream berperisa strawberry. Untuk orang tersayang yang bernama isteri alias ummi sempena hari ibu.
Ais krim kat dalam tu juga perisa strawberry, kek dalam pula kek sponge vanila..
dah nampak kan cair.. kena cepat2 hias dan simpan dalam peti ais bahagian freezer.

Dora the Explorer

Tempahan kek hari jadi untuk Nurliana di Tadika..sempena birthday yg ke 6. Tempahan dari mama Liana, Puan Ida.. terima kasih ida atas order ni..lama dia bagi tau pasal order ni.. dia kata takut nanti kelam kabut.
Kek dalamnya ialah vanila sponge cake.. hiasan dengan buttercream kat luar dan dalamnya layer gak dengan buttercream perisa stroberi.. hias juga kat tepi2 kek dengan buah stroberi..
edible image ini I order dari http://mai-edibleimage.blogspot.com/ . thanks, Mai.. cantik tau edible image ni.
kek ni size 9". yang ralatnya tersilap kotak kek pulak, yg tinggal cuma size 10" aje kat rumah. Segera ku suruh suami ke kedai kut2 ada yg buka lg untk cari kotak yg sesuai malangnya siapa la yg nk buka kedai bakery time2 ni pukul 9.30 mlm.. ngam2 je bila dah hias tgok la tepi nya smpai xda ruang sudah nya terpaksa lah aku pesan pada Ida supaya berhati2 masa carry kotak ni.. huhuhu

Tuesday, May 3, 2011

Exam KKTG

 Tekunnya kome2 yer sampei tak sedor cikgu ambik gambor.. semoga berjaya.. semuanya
 Hasil individual presentation,  cake dalamnya ialah tiramisu, tajuk diberikan bertema "harijadi". dan inilah hasilnya.. taraaaaaaaaa!!
ini dia model pinjam (gambor nye aje la..)merangkap birthday boy. Saja je gambor ni pun, dah tema nya harijadi kenalah sesuaikan keadaan. harap-harap dapat markah penuh ni.. . Dalam pinggan tu ialah carrot walnut cake.

Moist Chocolate Cake

 Moist Chocolate Cake, tempahan diterima daripada rakan sekerja my sister. Cuma letak ganache sahaja.
 Ini pun moist chocolate cake juga, tempahan diterima daripada seorang guru sempena harijadinya. Ganache coklat, with chocolate rice and sugar love. Tulisan dengan white chocolate.
Moist chocolate cup cake, deco with white chocolate and sugar love

Monday, May 2, 2011

Shortbread, Almond London choc chips & Bangkit Bijan

 Almond London dalam pek
Almond London RM20.00 = 50 pcs
 Chocolate Chip dalam balang
Chocolate Chips RM20.00 = 50 pcs
 Shortbread RM20.00 = 50 pcs
Bangkit Bijan RM14.00 = 50 pcs

Bangkit Bijan-yang ni bukan aku yang buat cuma saban tahun tolong jual aje.. bangkit bijan ni buatan Mak Teh ku dari Kelang, Selangor. Tetapi boleh order kalau berkenan..

Inilah antaranya biskut raya yang selalu ku buat & ku jual setiap tahun. Ada lagi yang tak dapat nak upload gambar nya sebab aku tengah mencari kemana menghilang file itu. hehehe.. yang lain tu ada juga:-
semperit bunga dahlia,
tat nenas gulung,
makmur dan aku juga ada
Chocolate Treasure Mamazieza,
yang ni aku tolong jual gak.. tuan punya nya ialah http://mamazieza.blogspot.com/
Kalau nak boleh jer order terus dariku... akan ku sampai kan kepada Mamazieza kerana saban tahun aku meng order darinya.
Nanti kita upload gambar biskut2 yang selebihnya yer.. nak kena selongkar file 1-1 ni.. nampak gayanye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...