Wednesday, July 25, 2012

Kuih Raya 2012

Ramadan Ya Karim datang lagi, sebulan nanti Syawal menjelma.. kuih raya buat lagi, memeriahkan lagi syawal yang tiba.. ini dia kuih raya 2012. Ada tambahan dari 2011, tahun ini saya ada buat tambahan dalam listing kuih raya iaitu ada tambahan biskut makmur, biskut mazola  dan biskut milky oats ada juga yang panggil jejari oats apa-apa pun kedua2nya adalah biskut yang sama sebab resipi yang digunakan sama rasa pun sama nama aje tak sama.. Jom kita tengok kuih raya 2012 saya..






Semua dah siap di pek dalam bekas2 kecil untuk dijadikan sample.. Selain dari biskut2 ini  ada biskut  almond london & brownies chewy gooey serta tidak lupa juga biskut coklat treasure dari http://mamazieza.blogspot.com/. adalah menjadi menu wajib dalam listing kuih raya setiap tahun.
Tarikh tutup untuk pesanan kuih raya pada tahun 2012 ialah pada 29/7/2012. Harap maklum, bukan apa dah terbanyak terlebih teriama tempahan pulak dah, terutama tempahan untuk brownies.. terima kasih kepada yang mengorder... Alhamdulillah rezeki dari Allah SWT.

Kek Coklat Zaima lagi

Actually dah banyak kali buat kek ni, inilah kek yang pertama kali aku cuba sejak bergelumang dngan resipi cubaan di dunia maya yang meriah kini. Dulu, kini aku masih menggunakan resipi ini terutama untuk kek bajet dari customer. Dah banyak resipi kek coklat dan berbagai versi dan rasa tetapi keseluruhan jika kita belek2 dan perhatikan dan CSI betul2 ianya hampir sama aje.. bak kata lebih kurang aje lah resipi dan bahan2 yang digunakan.. tetapi apa-apa pun kepada yang belum mencubanya disini saya sertakan resipi Kek Coklat Kukus Zaima ini. Tak lupa juga kek ini boleh dibakar juga ia.. kalau nk lebih moist kita kukus.. atau nak senang mcam saya ni selalu nya Kite Bakor jer.....

KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA
Sumber:  NoorMasri

Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap) -
½ cawan susu manis

Bahan B:
1 ¼ cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate

Bahan C:
3 biji telur -

Cara menyediakannya:
Masukkan A ke dalam periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua
larut. Tutup api biarkan adunan suam.

Ayak B, ketepikan.

Pukul telur hingga kembang dan dicampur dengan campuran koko (A) tadi.   Gaul
rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai
penuh sebab nanti adunan naik (tuang dalam 1/2 acuan je).  Tutup acuan
dengan aluminium foil agar tidak masuk wap.  Kukus selama 1 1/2 jam baru
angkat dan sejukkan. Kalau bakar >< 1 jam bergantung kepada oven.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...