Sunday, May 6, 2012

Almond London, tart nenas & shortbread

Tempahan di terima dari Syikin from Jabil. Thanks Syikin. Menurut kata Syikin anak-anaknya memang gemar makan biskut raya ni tak kira masa raya ke atau tidak. Sebenarnya tak kira waktu apa pun atau perayaan apa pun boleh ja,  dah nama pun makanan,  makan aje la bila nak ye tak.? Saya pun terima dan ambil tempahan untuk biskut2 ni pada setiap masa tak kiralah kalau bukan time hari raya sekali pun.


Mulai tahun 2012 ini semua biskut saya dijual dengan harga RM22.00 untuk 50 biji. Selain dari Shortbread, almond london and tart nenas ini saya ada menjual biskut makmur, coklat chip, semperit dan red eye susan. Semua biskut saya menggunakan  buttercup.

Nutella Cheese cake

  

Kebetulan ada beli 2 botol Nutella jem. Memang jem Nutella ini kesukaan anak2 untuk dimakan bersama roti. and Tesco pulak time tu buat offer 2 botol Nutella seberat 375g satu dijual dengan harga RM20.00 untuk 2 botol. Apalagi aku pun ambil kesempatan rembat aje lah offer yang diberi and bila tengok expired date kat botol tu lambat lagi October 2012.. memang harus tak sampai October akan licin botol jem ni.
Lalu aku pun berangan la buat Nutella cheesa cake ini.
resipinya macam kat bawah ni ya yang saya ambil dalam internet saya dah lupa sapa punya saya dah salin dalam buku masak saya itu 
Terima kasih tuan empunya resipi
.
Bahan-bahannya
Loose cake tin sice 6 inci -bulat atau 4 segi ikut suka ler yer 
1 packet biskut oreo/tiger/chipsmore etc..
sedikit butter agak2 la dalam 1/4 block - cairkan
gaul biskut dengan butter cair padat kan dalam tin ketepi atau simpan dalam peti ais sebentar.
sementara itu buat adunan cheese
bahan-bahannya:
250gm cream cheese jenama kraft philadelphia/tatura pun boleh
1 biji telur gred A
3 sudu makan castor sugar
3 sudu makan whipping cream jenama arla/paul/emborg
3 sudu makan nutella jam

Cara-cara:nya
putar cream cheese dan gula hingga sebati guna medium speed
masukkan whipping cream putar lagi hingga licin
masuk kan telur rendah kepada low speed putar lagi hingga licin
masukkan nutella jam putar lagi hingga rata sambil kikis tepi bowl.
tuang ke atas biskut tadi bakar dalam suhu 150C selama 15 minit-saya bakar water bath selama 30 minit
dah masak keluarkan dari water bath biarkan dalam oven yang direnggangkan sedikit pintu nya hingga sejuk
simpan dalam peti ais semalaman atau hingga 6 jam



.

Sunday, March 4, 2012

Macam-Macam kek

                                          Hawaiian Cake
                                         Fruit Flan Cake
                                         Tiramisu
                                          Banana Chocolate Cake 1
                                          Banana Chocolate Cake 2
                                          Black Forest Cake


 Ice Cream sponge cake yang telah siap di make up

                                          Marble Cake
                                           Opera Cake

Macam-macam kek hasil keras tangan si Dia. Tempahan di buka untuk sebarang majlis bila-bila masa ketika, dan segalanya. Home made cake lain rasanya berbanding cake keluaran kilang tak percaya cubalah rasa. Semua kek-kek kami menggunakan barangan & produk yang halal dengan harga yang berpatutan. Hubungi kami untuk tempahan..

Thursday, March 1, 2012

Encik Husband belajar me-roti










Hasil kelas roti encik husband. Sekarang ni tak payah lagi beli roti kat kedai. Encik husband dah boleh tolong buatkan. Tempahan juga dibuka untuk roti-roti seperti gambar di atas.
Sesuai untuk snak ringan minum petang atau pagi...

Biskut Kacang atau mazola



Biskut kacang atau Mazola, 2 nama 1 biskut. Sebenarnya sama ja sebab adunan biskut ni menggunakan minyak mazola dan kacang tanah yang telah dibakar/disangrai terlebih dahulu. Kemudian kisar dan campurkan kedalam adunan. Last sekali hiaskan dengan lebihan kacang tadi.
Raya 2012 ni ada tambahan biskut ini selain dari biskut yang sedia ada pada tahun2 sebelum ini iaitu Almond London, Shortbread, Semperit bunga dahlia, Chocolate chip.
Sebekas 50 biji = RM20.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...